Tuesday, February 19, 2013

[Bahasa Malaysia] Dr M: "Jangan menggigit tangan yang membantu anda"

Kebelakangan ni, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed menyaran peneroka FELDA (Federal Land Development Authority) supaya "tidak menggigit tangan yang membantu anda" .
 
Mantan perdana menteri bukan sahaja mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Umum ke -13 (PRU 13) di mana Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013, mantan PM juga berkempen secara aktif di barisan depan atau "Front line" untuk Barisan Nasional kebelakangan ni seumpama beliau sedang bertanding untuk menjadi Perdana Menteri semula.
 
Tun Dr. Mahathir berkata: "Jangan menggigit tangan yang membantu anda"
 
Saya kata kepada kerajaan: "Jangan mencuri daripada tangan yang mengundi anda"
 
Rakyat Malaysia mengundi ahli politik sebagai pemimpin kerajaan adalah untuk mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk membuat polisi and menjaga harta and khazanah negara untuk kebaikan negara sekarang dan masa depan. Kita tidak mengundi parti politik sebagai kerajaan untuk memberi hak pemilikan harta dan khazanah kepada mereka dan menggunakannya untuk kepentingan diri atau kroni mereka. Cuma apabila Pilihan Raya Umum menjelang, pihak mereka baru nak memberi rezeki serba sikit tu kepada rakyat (itupun daripada harta negara dan cukai rakyat) dan menyeru rakyat supaya bersyukur, membalas budi dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka". Bukankah itu tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk membantu rakyat? Oleh itu, kalau kerajaan yang dipilih "mencuri daripada tangan yang mengundi mereka", maka itulah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk melindungi masa depan dan khazanah negara dengan mengubah kerajaan, dan mengundi supaya kerajaan yang tidak menguruskan ekonomi negara dengan baik, gejala rasuah yang semakin berleluasa dan kebocoran yang melampau.
 
Ini kalilah, jom berubah! "Berhijrah" kepada kerajaan yang lebih baik!
 
Joshua

No comments:

Post a Comment