Monday, April 29, 2013

[Malay] 2008- BN: Pakatan Rakyat akan bangkrapkan Selangor jika ber air percuma, sekarang 2013, sudahkah Selangor bangkrap?





Barisan Nasional menuduh bahawa dasar air percuma 20m3 akan membankrapkan Selangor. Tetapi selepas 5 tahun dengan pemberian subsidi sebanyak RM650 juta kepada rakyat, Selangor bukan sahaja tidak bankrap, kewangan negeri telah menjadi lebih dan peningkatan ketara berbanding kerajaan dulu di bawah UMNO Barisan Nasional BN menyeleweng wang rakyat semasa pemerintahanya. Pakatan memulangkan hasil kekayaan negeri kepada rakyat.

Anda pilih siapa?

Kerajaan Selangor mampu memberikan subsidi sebanyak RM130 juta setiap tahun kepada rakyat Selangor tanpa membebankan kewangan kerajaan. Malah, kerajaan Selangor telah mencapai rekod lebihan bajet sebanyak RM180 juta pada tahun 2012.

Pencapaian cemerlang ini hanya terjadi kerana pimpinan Pakatan yang jujur dan telus. Projek kerajaan dibuat secara tender terbuka, projek yang membazirkan dibatalkan dan hutang kroni dikutip sepenuhnya.

Selain daripada air percuma, Selangor juga melaksanakan Skim Mesra Usia Emas, peruntukan tetap untuk sekolah-sekolah yang dipinggirkan oleh kerajaan pusat, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mikrokredit dan lain-lain program kemasyarakatan dan kebajikan. Skim-skim ini merupakan skim baru membantu rakyat Selangor yang tidak pernah dijalankan oleh kerajaan BN.

Kerajaan Pakatan telah membuktikan kemantapan pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri, dan menunjukkan bahawa rakyat akan bermanfaat besar jika kerajaan tidak rasuah dan bazir seperti zaman BN.

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

UNDI UNTUK "UBAH"

UNDI PAKATAN RAKYAT







No comments:

Post a Comment